Wednesday, 6 July 2011

Apa yang patut anda tahu???

Salam,

Hari ni saya mahu kongsi pengalaman saya tentang client saya. Alhamdulilah, setakat ini dapat saya service client saya dengan baik dan educate mereka tantang kebaikan pelan yang dia ambil. Nama Prof Syekal (Nama Samaran), dia memang tidak percayakan insuran dan anti insuran. Jika ternampak gerai insuran, pasti akan lari jauh dari gerai itu. Tiba-tiba satu hari tu saya ayat dia, dapat juga dia faham tentang insuran tetapi degil sangat dia ni. Lama juga saya ajak dia buat satu pelan insuran, tetapi dia tidak mahu juga. Saya tak putus asa, cuba lagi dan lagi. Segalanya bermula kerana client saya ini mempunyai pengalaman sendiri iaitu ibu saudara dia mengalami obesity atau kencing manis dimana ibu jari kaki perlu dipotong kerana sudah berulat dan busuk. Kos pembuangan jari kaki itu menelan belanja RM20,000.00 dan simpanan ibu saudaranya habis digunakan. Sebelum pembedahan dilakukan, doctor bertanyakan kepada Prof Syekal sama ada ibu saudara dia sudah mempunyai insuran atau tidak? Jawapannya tiada. Doktor buat juga pembedahan tersebut kerana ibu saudaranya terpaksa menahan kesakitan. Tetapi bukan di Hospital biasa, tetapi di Hospital Swasta. Kerana hospital tersebut menawarkan pembedahan segera bagi mengelakkan kakinya rosak dan terpaksa dipotong hingga ke lutut jika lambat. Mahu tak mahu, kena juga buat pembedahan.

Sejak daripada peristiwa itu, hatinya terbuka untuk membeli insuran sebagai perlindungan diri dan pendapatan. Prof Syekal mengakui sekiranya ibu saudaranya tidak sakit begitu pasti dia tidak akan membeli insuran. Alhamdulilah, dia membeli polisi insuran satu family daripada saya. Saya gembira kerana dapat menggembirakan orang lain.

No comments:

Post a Comment