Sunday, 20 November 2011

Kenapa perlu Prudential? Kenapa perlu Al-Isra'?

Salam..
Apa kabar anda semua? "Baik,sangat baik,amat baik ohh yes!".Harap sihat disamping keluarga tersayang... Saya dari Al-Isra' Associates dimana kami adalah agensi insuran Melayu terbesar di Prudential dan di Malaysia. Kami mempunyai banyak cawangan,JB,Petaling Jaya,Klang,Kota Bharu,utara,pantai timur dan tahun depan akan dibuka di Kuching. Saya mula ya.. Pernah dengar tak orang bayar insuran setiap bulan,lepas tu sakit masuk wad,bil hospital berpuluh ribu bayar sendiri?
"Saya pernah dengar..". Jika pernah dengar,mahukah pekara tersebut berlaku kepada anda?
"Sudah tentu lah tak mahu.. sia-sia je la saya bayar setiap bulan tapi tak dapat cover bil saya,gaji bukan besar pon.Nak bayar kereta,rumah dan macam-macam lagi.Silap-silap rumah saya kena jual nanti".
Bagus kerana anda mempunyai kesedaran tentang itu.. Sebenarnya kita membeli insuran ni ibarat mencari jodoh. Bagi lelaki,kita mahukan wanita yang pandai masak,cantik,pandai jaga hati suami dan yang penting sekali dalam mencari jodoh adalah TRUST terhadap pasangan.
Prudential Assurannce Malaysia Berhad telah meraih anugerah 'TRUSTED BRAND' sejak tahun 2006 sehingga sekarang. Tak perlu lagi ragu-ragu dengan Prudential kerana telah bertapak 88 tahun di Malaysia.
"Ohhh... lama sudah Prudential kat Malaysia ya.. Saya pon belum lahir lagi waktu itu.. kalau begitu,buatkan saya satu polisi yang sesuai dengan saya boleh?". Sudah tentu boleh tuan. Berikan saya Mykad tuan..
"Terima kasih ya encik Samad kerana membantu saya dapatkan pelan yang bagus.. rakan-rakan saya ramai yang belum ada Prudential. Nah ambil nombor telefon kawan-kawan saya."
Terima kasih tuan.. Komisyen saya beri nanti ya..




Saturday, 12 November 2011

Takaful? Apa tu?

Pengertian Takaful

Takaful adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan Arab 'Al-Kafala (jamin) iaitu bermaksud 'Saling jamin menjamin'

Dari segi tafsiran Syara' ia adalah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan bantu membantu antara satu sama lain ketika para peserta kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibah

Ciri - ciri Takaful
Sistem Islam
Sumbangan At-Tabarru'at
Pelaburan halal
Majlis Pengawasan Syariah
Tiada unsur riba
Tiada unsur maisir (Judi)
Tiada unsur gharar (Tidak jelas)
Al-mudharabah (Perkonsian untung)

Sistem Islam

Konsep insurans iaitu 'Golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik" merupakan satu konsep yang diiktiraf oleh Islam
Al-Quran dalam surah Al-Maidah ayat 2 bermaksud "Dan hendaklah kamu tolong menolong diatas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong diatas perkara dosa dan permusuhan" merupakan bukti utama betapa sikap bantu membantu merupakan salah satu akhlak mahmudah (terpuji) 

 
Tabarru'at
Tabarru'at merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma secara iklas

Dalam konteks operasi Takaful setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang iklas ketika menyumbang (At-tabarru'at) bagi membantu sesama para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata lain yang lebih tepat, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka ketika ditimpa kemalangan

Dalam industri Takaful, At-tabarru'at yang diperkenalkan ialah Al-tabarru'at yang bersyarat.

Bersyarat adalah dimana setiap peserta yang ingin menyertai Takaful mestilah menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Syarikat terpaksa menetapkan kadar Tabarru'at kerana ingin memastikan Tabarru'at yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepada semua pihak, justeru itu jika seseorang peserta membawa risiko yang besar maka kadar tabarru'at yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut

Mempunyai Majlis Pengawasan Syariah

Akta Takaful 1984, seksyen 8 (5)(b):-

"Bahawa terdapatnya dalam artikel persatuan pengendali Takaful yang berkenaan peruntukan bagi penubuhan Majlis Pengawasan Syariah untuk menasihati pengendalian tentang perniagaan Takafulnya untuk memastikan yang ia tidak terlibat dalam apa-apa unsur yang tidak diluluskan"






    

Saturday, 27 August 2011

Ada 3 golongan manusia dengan gaya hidup. Anda yang mana?

1. Dapat gaji belanja dan simpan sedikit dari gajinya setiap bulan. (cth dapat RM1, belanja RM0.80, RM0.10 simpan & RM0.10 simpan dlm insuran) Ini dikatakan tersangat bijak mengurus kewangan.

2. Dapat gaji belanja dan habis gajinya, tak ada baki langsung sampai ujung bulan. (Cth dapat RM1. Belanja RM1). Ini dikatakan golongan kurang bijak.

3.Dapat gaji belanja sepuas-puasnya sehinggakan berhutang kerana memenuhi kehendak dirinya sedangkan pendapatan telah melepasi ’zon selamat’ (cth: Dapat RM1, belanja RM1.30).Ini dikatakan tidak bijak langsung.

Antara tiga golongan diatas, anda yang mana? Tepuk dada, tanya diri sendiri.

Golongan yang pertama adalah terselamat dari membayar bil pembedahan sekiranya terpaksa kerana telah menyimpan sekorang-kurangnya 10% dari pendapatannya untuk perlindungan pendapatan mereka. Kemalangan atau sakit boleh berlaku bila-bila masa tak kira keadaan.

Friendly speaking, golongan 2 dan 3 ini akan tersepit dikala terpaksa membayar bil pembedahan berpuluh-puluh ribu ringgit sekiranya keadaan terlalu memaksa demi menyelamatkan nyawa sendiri atau orang yang tersayang. Oleh itu mereka akan berhutang, pinjam sedara mara, masuk TV3 Bersama mu mohon rayuan derma atau jual rumah dan kereta mereka.

Inflasi kos perubatan 15% setiap tahun akan membuatkan anda gila untuk membayarnya sedangkan peningkatan pendapatan tahunan kurang 15%. Contoh: Rawatan pembuangan batu karang RM25,000.00 tahun ini, dan dengan Doktor yang sama, nurse yang sama, peralatan yang sama untuk pembedahan menjadi RM250,000.00 pada 10 tahun akan datang. Adakah anda mampu untuk membayarnya???

Saya boleh membantu anda elakkan dari situasi kecemasan yang tak diuga. Hubungi saya Abdul Samad Mohamed untuk consultant percuma.. Simpanlah dengan Prudential BSN Takaful demi masa depan anda dan keluarga….



Monday, 22 August 2011

Baru! Pelan simpanan 10 dalam 1 PruBSN!!

Saya nak tunjukkan kepada anda beza anda menyimpan di Prudential BSN Takaful dengan bank biasa. Banyak manfaat anda dapat jika menyimpan di Prudential BSN Takaful.

Simpan di Bank/Tabung Simpanan biasa

Simpan RM100 sebulan x 12 bulan= RM1200
* Anda dapat
1. Faedah / Interest SAHAJA

Simpan di Prudential BSN Takaful

Simpan RM100 sebulan x 12 bulan= RM1200
* Anda dapat
1.Faedah / Interest yang tinggi
2.Pampasan kemalangan
3.Pampasan kematian
4.Pampasan sakit kritikal
5.Tidak perlu bayar premium bulanan jika sudah tidak mampu bekerja (Sakit) terhadap peserta /pembayar (ibu/bapa)
6.Medical Card RM ½ Juta – RM 1.5 Juta
7.Elaun wad sehingga RM400 sehari
8.Elaun harian ICU
9.Elaun pembedahan sehingga RM12,500
10.Elaun cuti sakit akibat kemalangan

Hubungi saya
Abdul Samad
013-7168033
abdulsamad155@prupartner.com.my

Dapatkan consultant secara percuma dengan saya.

Wednesday, 6 July 2011

Apa yang patut anda tahu???

Salam,

Hari ni saya mahu kongsi pengalaman saya tentang client saya. Alhamdulilah, setakat ini dapat saya service client saya dengan baik dan educate mereka tantang kebaikan pelan yang dia ambil. Nama Prof Syekal (Nama Samaran), dia memang tidak percayakan insuran dan anti insuran. Jika ternampak gerai insuran, pasti akan lari jauh dari gerai itu. Tiba-tiba satu hari tu saya ayat dia, dapat juga dia faham tentang insuran tetapi degil sangat dia ni. Lama juga saya ajak dia buat satu pelan insuran, tetapi dia tidak mahu juga. Saya tak putus asa, cuba lagi dan lagi. Segalanya bermula kerana client saya ini mempunyai pengalaman sendiri iaitu ibu saudara dia mengalami obesity atau kencing manis dimana ibu jari kaki perlu dipotong kerana sudah berulat dan busuk. Kos pembuangan jari kaki itu menelan belanja RM20,000.00 dan simpanan ibu saudaranya habis digunakan. Sebelum pembedahan dilakukan, doctor bertanyakan kepada Prof Syekal sama ada ibu saudara dia sudah mempunyai insuran atau tidak? Jawapannya tiada. Doktor buat juga pembedahan tersebut kerana ibu saudaranya terpaksa menahan kesakitan. Tetapi bukan di Hospital biasa, tetapi di Hospital Swasta. Kerana hospital tersebut menawarkan pembedahan segera bagi mengelakkan kakinya rosak dan terpaksa dipotong hingga ke lutut jika lambat. Mahu tak mahu, kena juga buat pembedahan.

Sejak daripada peristiwa itu, hatinya terbuka untuk membeli insuran sebagai perlindungan diri dan pendapatan. Prof Syekal mengakui sekiranya ibu saudaranya tidak sakit begitu pasti dia tidak akan membeli insuran. Alhamdulilah, dia membeli polisi insuran satu family daripada saya. Saya gembira kerana dapat menggembirakan orang lain.

Friday, 24 June 2011

Sihat itu tidak ternilai harganya


Assalamualaikum
Nama saya Abdul Samad. Pelbagai orang yang saya jumpa sejak saya menjadi perancang kewangan. Pengalaman tersebut saya kongsikan bersama kawan-kawan seangkatan dan sesiapa yang saya jumpa. Banyak pengajaran yang saya dapat dengan belajar dari orang yang saya jumpa. Saya ada cerita ringkas untuk dijadikan pedoman untuk saya dan semua ..
1)      Seorang hamba Allah ni dia kerja dengan big company, memang dia bagus dan rajin dalam segala hal hingga bos nya suka kat dia. Bagus la… seperti biasa dia pergi kerja.Satu hari, Tuhan uji dia dengan sakit jantung.. Nasib baik bosnya sediakan kad perubatan syarikat.. Kos pembedahan mencecah RM60 ribu, insuran company dia cuma RM15 ribu had tahunan, dan bosnya telah meminjamkan RM45 ribu supaya cukup untuk tampung kos pembedahan. Alhamdulilah sekarang dia sihat, ceria dan bertenaga. Cuma sekarang dia bekerja hanya untuk membayar pinjaman kos perubatan tersebut.
2)      Seorang cikgu dah pencen datang jumpa saya, merayu supaya dia dapat satu medical card dari Prudential BSN Takaful, dia kata sebelum ni ada apply dengan banyak insuran tapi tak lepas. Lalu dia beritahu dia ada sakit darah tinggi dan kencing manis. Saya pon beri tahu pada dia bahawa undang-undang untuk mohon insuran mestilah sihat dan tiada sejarah kesihatan. Jika ada sejarah kesihatan, sila nyatakan bagi mengelakan kesulitan di kemudian hari. Saya tak dapat buat apa kerana nasi sudah jadi bubur. Kecewa juga tak dapat nak sediakan sekeping medical card untuk dia.
3)      Saya tanya seorang, U ade medical card ? Dia cakap tak layak dah, dah bedah jantung. Banyak syarikat saya cuba. Saya tanya lagi, medical card U tak boleh gune lagi ke atau ada expired date?? Dia jawab insuran dia tiada medical card, cuma pampasan sakit kritikal sahaja. Sekali claim je lah, lepas tu tak dapat lagi. Then uncle tu beredar. Next treatment uncle tu saya pon tak tahu bagaimana dia akan membayarnya nanti. Kalau saya fikirkan tentang uncle tu agaknya haru kepala. Mane taknya, bill hospital naik 14% setiap tahun.
4)      Seorang pak cik ni semasa di booth, saya offer medical card. Dia dah pencen, tapi tak ada medical card. Saya pon bukak la harga untuk warga emas, agak mahal la. Ye la, harga ikut umur, makin senior, makin mahal… Maaf lah cik, So, bagaimana jika pak cik di uji dengan sakit kronik? Bill hospital sape nak bayar? Hospital government pon kene bayar jugak, tandas pon bayar cik. Dia sendiri tak dapat jawab..  Islam menuntut umatnya melakukan persediaan dalam apa jua situasi.
5)      Seorang kanak-kanak berusia 1 tahun mengalami demam dan selsema. Bapanya fikirkan anaknya cuma selsema biasa, tetapi makin teruk. Alhamdulilah bapanya seorang yang bertanggungjawab kerana membelikan anaknya sekeping medical card dari Prudential BSN Takaful. Apabila dihantar ke hospital pakar swasta, kanak-kanak tersebut di periksa oleh doktor dan disahkan dalam tengkorak kepalanya berisi air. Doktor terus melakukan pembedahan keatas tengkorak bayi itu bagi mengeluarkan lendir tersebut. Kos pembedahan amat tinggi dan ditanggung oleh Prudential BSN Takaful. Alhamdulilah, dia sihat sekarang.. Saya juga gembira kerana dapat membantu bapanya dapatkan medical card untuk anaknya..  Rezeki semakin murah dan usia semakin panjang jika dapat membuat seseorang itu gembira.
Kepentingan untuk ada medical card amat penting sekarang kerana umum mengetahui bahawa semakin hari semakin banyak penyakit baru yang muncul. Jadi untuk mengelakkan segala kesulitan ketika mendapatkan rawatan segera, segeralah ke hospital pakar dengan menunjukkan sekeping medical card sahaja. Saya akui hospital kerajaan amat bagus kualiti perkhidmatan mereka juga kemudahan juga moden serta harganya murah. Ramai yang akan ke hospital biasa kerana murah dan mudah. Bila ramai yang datang, jadi akan ada tempoh menunggu atau queue untuk mendapatkan rawatan. Sekiranya sakit yang dialami sakit biasa tak mengapa, boleh queue lagi, tetapi jika sakit yang memerlukan pembedahan segera seperti Barah Payudara, pastilah anda perlu queue juga. Jadi, untuk mengelakkan kesakitan yang dialami bertambah teruk dah parah, segeralah ke hospital pakar swasta.
Takut nak ke pakar swasta kerana billnya yang mahal.. Siapa yang akan membayarnya? Duit simpanan pon tak cukup. Macam mane ni??? Pinjam adik beradik lah.. Kalau sikit taka apa, ni puluh ribu untuk kos pembedahan segera. Agak-agak nanti nak bayar semula mampu tak??? Kalau tak mampu bayar semula, saya boleh cadangkan anda wajib membeli medical card bagi mengelakkan situasi tersebut…  Sakit kita tak dapat hidu seperti bau minyak wangi. Ianya datang tanpa kita bersedia.

Abdul Samad Mohamed, Wealth Planner
013-7168033
Al-Isra’ Associates (Jaya 33) Sdn Bhd
Suite 8.03 Tower 3, Jaya 33
Jalan semangat, Seksyen 13
46100 Petaling Jaya
Selangor

Setakat ini sahaja yang dapat saya sampaikan.
Biasanya manusia dah terhantuk baru sedar…