Pengertian Takaful
Takaful adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan Arab
'Al-Kafala (jamin) iaitu bermaksud 'Saling jamin menjamin'
Dari segi tafsiran Syara' ia adalah pakatan satu kumpulan untuk
saling jamin menjamin dan bantu membantu antara satu sama lain ketika para
peserta kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibah
Sistem Islam
Sumbangan At-Tabarru'at
Pelaburan halal
Majlis Pengawasan Syariah
Tiada unsur riba
Tiada unsur maisir (Judi)
Tiada unsur gharar (Tidak jelas)
Al-mudharabah (Perkonsian untung)
|
Sistem Islam
|
|
|
|
Konsep insurans iaitu 'Golongan ramai yang bernasib baik
membantu golongan yang tidak bernasib baik" merupakan satu konsep yang
diiktiraf oleh Islam
Al-Quran dalam surah Al-Maidah ayat 2 bermaksud "Dan
hendaklah kamu tolong menolong diatas perkara kebaikan dan taqwa dan
janganlah kamu tolong menolong diatas perkara dosa dan permusuhan"
merupakan bukti utama betapa sikap bantu membantu merupakan salah satu akhlak
mahmudah (terpuji)
Tabarru'at
Tabarru'at merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma
secara iklas
Dalam konteks operasi Takaful setiap peserta yang ingin
mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang iklas ketika
menyumbang (At-tabarru'at) bagi membantu sesama para peserta yang lain jika
mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata lain yang lebih tepat, semua
peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka ketika
ditimpa kemalangan
Dalam industri Takaful, At-tabarru'at yang diperkenalkan ialah
Al-tabarru'at yang bersyarat.
Bersyarat adalah dimana setiap peserta yang ingin menyertai
Takaful mestilah menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Syarikat
terpaksa menetapkan kadar Tabarru'at kerana ingin memastikan Tabarru'at yang
disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepada semua
pihak, justeru itu jika seseorang peserta membawa risiko yang besar maka
kadar tabarru'at yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko
tersebut
Mempunyai Majlis Pengawasan Syariah
Akta Takaful 1984, seksyen 8 (5)(b):-
"Bahawa terdapatnya dalam artikel persatuan pengendali
Takaful yang berkenaan peruntukan bagi penubuhan Majlis Pengawasan Syariah
untuk menasihati pengendalian tentang perniagaan Takafulnya untuk memastikan
yang ia tidak terlibat dalam apa-apa unsur yang tidak diluluskan"
|
|
|
|
No comments:
Post a Comment